Keretapi Rompin

Pada tahun 1955, kerajaan Negeri Pahang telah membenarkan Eastern Mining & Mineral Company (EMMCO) melombong bijih besi di Bukit Ibam. EMMCO menghantar bijih besi menggunakan keretapi dari Bukit Ibam ke Kampung Lanjut sejauh 70 Kilometer. Bijih besi kemudian dimuatkan ke kapal di jeti yang terletak di Sungai Rompin.

Tidak diketahui samada terdapat sebarang stesen atau perhentian di sepanjang laluan ini.

Allahyarhamah Datin Rafeah Buang telah mengabadikan perkhidmatan keretapi ini dalam lagunya yang bertajuk 'Sejalan Keretapi'.

No comments:

Post a Comment